Turut mencoret

Friday, November 4, 2011

Soal Hati dan Perasaan

Hidup tak menarik tanpa ada air mata, amarah, ketawa dan sebagainya. Tanpa mereka apa lah ertinya kehidupan.

Aku tak kisah walau mcm mne hidup yg aku tempuhi. Aku redha pada Illahi. Mungkin ini apa yang dirancangkan oleh-Nya. Mugkin dah ini nasib aku. Aku bukan manusia yang cukup sempurna utk semua orang. Aku tak ada kuasa untuk bagi keajaiban pada hidup seseorang. Aku adalah aku. Dan aku masih lagi belajar untuk jadi diri aku. Mungkin ramai yang cakap kenapa mesti ada hati dan perasaan kalau ia yang memusnahkan kita? Pernah tak terfikir kenapa ia dicipta? Sebab Allah tu nak kita rasa asam garam kehidupan. Susur galur pergerakan hati dan perasaan dalam hidup ni. Tiada yang sempurna melainkan-Nya. Aku bukan manusia yang baik dalam kehidupan aku. Sebab aku selalu menyakiti hati orang di sekeliling aku.

Aku manusia yang kejam:
- Sebab aku tak pernah fikir kan perasaan orang lain. Aku suka berkawan. Tanpa aku fikir soal hati aku yang ke-2. Kejamnya aku.

- Aku derhaka pada orang tua aku. Aku melawan. Aku pernah meninggi suara pada mereka. Tidak ke itu sudah cukup menjadikan aku anak derhaka. Sekali gus aku dah berjaya lukakan hati orang yang paling berjasa dan sayangkan aku sampai akhir hayat walau suatu hari nanti aku punya wang segunung, rumah emas, tv plasma dan sebagainya kan. Dan paling penting bila aku sudah ada keluarga sndri.Mereka lah yang akn tetap menyayangi aku hingga akhir hayat.Sampainya hati aku.

- Aku abaikan tuntutan agama. Solat ada rongak lagi. Mengaji tak tahap qariah. Selalu buat dosa. Tak habis-habis bergelumang dalam dosa. Dengki, mengata, tak bersyukur,lambat terima qada' & qadar. Apa nak jadi nie? MasyaAllah..Kejamnya akuuuuu!!

3 perkara nie dah cukup jelas aku nie kejam. Tapi sebenanrnya bukan ini yang aku nk kaitkan dengan title post aku nie.


SOAL HATI DAN PERASAAN 


Aku tak ada kuasa untuk mengawal hati dan perasaan manusia. Aku lemah. Kenapa eh? Aku selalu sakitkan hati orang? Kenapa aku macam ni? Padahal arwah Wan selalu pesan ;

" Angah, kita ni biar banyak buat baik. Kalau orang dengkikan kita. Kita jangan balas balik. Tak elok. Allah tak suka manusia yang ada hasad dengki ni. Sebab tu amalan syaitan. Biar apa pun orang nak buat kat kita. Asal jangan kita buat orang " - Wan

Mak pun selalu pesan benda yang sama. Tapi at the end kenapa mesti aku nk lukakan perasaan orang jugak. Berdosanya akuuuu!! Tak ikut amanah Wan. *sigh

Tapi kenapa banyak sangat hati aku nak kena jaga nie? Acane? Hati aku ni bila plak? Alaa.. Main baling-baling jerla..Wat sepak raga ke? Eyh tapi kalo macam tu tukar laa.. Main sepak hati. Walaweyyyy bestnyaaaaa! Mainan baru.patut take note untuk sukan olimpik akan datang.sukan sea pun boleh. Ishhhh.. Complicated nyerlaa soal hati-hati naik fade up gak aku pikir. Kadang-kadang biar dunia nie aku sorang je yg hidup. Dunia Husniyah. Senang aku sikit pun tak sentuh hati sapa-sapa.Tapi knp bila aku buat baik dengan hati orang. Hati aku orang khianat kan. Gila taww. Tak adil langsung mcm tu. Manusia gila kau. Cuba laa jadi insan sikit. Tu kan lagi mulia. Sikit - sikit nak jadi manusia. Complicated jadi hidup nie.



Hurmm nak bebel banyak pun tak guna. Cakap pun serupa masuk tlinga kanan kuar tlinga kiri. Manusia kan? Baik ada satu telinga je. Senang. Masuk je x kluar2 dah input yang dia dpat. Baru senang nk capai tahap insan.


*sigh

Sick of drama. Pentas hidup.

No comments:

Post a Comment